suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendapatan Ronaldo sebagai Influencer di IG lebih lumayan berbanding main bola sepak

Ronaldo memiliki 196 juta pengikut di Instagram. FOTO: Getty/Lampson Yip.

DALAM zaman teknologi, memiliki pengikut yang ramai dalam sosial media banyak memberi kelebihan buat seseorang.

Pemain Juventus, Cristiano Ronaldo misalnya, menjana pendapatan lumayan sebagai selebriti media sosial, melebihi wang yang diterimanya sebagai pemain bola sepak.

Dia menjana pendapatan AS$47.8 juta (RM196 juta) menerusi pelbagai iklan produk di media sosial itu.

Pendapatannya sebagai pemain bola sepak pula berjumlah AS$35 juta (RM143.6 juta) pada tahun lalu.

Ia ternyata melebihi angka yang diterima oleh selebriti media sosial lain seperti Kylie Jenner dan rakan pesaingnya, Lionel Messi.

Menurut sumber, Ronaldo yang memiliki 196 juta pengikut dibayar hampir RM4.10 juta bagi setiap posting di Instagram. - Business Insider

Cristiano Ronaldo, Instagram

Artikel Lain