suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain muda Eric Birighitti ditemui maut dibaham 3 jerung ketika pasukan kecemasan cari mayat lain

Eric bermain untuk Hasting Broncos. Foto instagram Eric Birighitti

SEORANG pemain bola sepak berusia 21 tahun ditemui maut selepas diserang tiga jerung.

Mayat Eric Birighitti ditemui oleh pasukan pencarian yang secara kebetulan sedang mencari mayat lain di Pantai Twilight di Australia Barat, pada Selasa.

Penemuan mayat Eric selepas pasukan kecemasan sedang mencari mayat Gary Johnson, 57, yang diserang oleh seekor jerung semasa melakukan aktiviti menyelam skuba bersama isterinya, Karen Milligan.

Karen membuat panggilan kecemasan berhubung kejadian dan gagal membantu menyelamatkan suaminya.

Menurut laporan The West, pasukan pencarian menemui tiga jerung sedang membaham mayat manusia yang pada awalnya disangka Gary, tetapi mereka kemudian mengesahkan ia adalah Eric.

Atlet muda itu sedang bercuti bersama rakan-rakannya.

Ketika kejadian, dia tergelincir semasa berjalan di kawasan batu sambil menikmati pemandangan sebelum terjatuh ke laut. 

Eric yang menetap di Perth menerima biasiswa untuk bermain bola sepak bagi Hasting Broncos di Kolej Hastings di Nebraska dan Kolej St Thomas di New York, Amerika Syarikat. - Mirror

Artikel Lain