suria

Haaland dedah sebab tolak tawaran United - “Itu soalan lucu”

Erling Haaland.

ERLING Haaland mendedahkan dia menolak tawaran untuk menyertai Manchester United kerana mempunyai 'perasaan yang lebih baik' terhadap Borussia Dortmund.

United amat yakin dapat memuktamadkan perpindahan penyerang berusia 19 tahun itu yang turut menjadi buruan Bayern Munich, Juventus dan Real Madrid.

Ole Gunnar Solskjaer yang pernah melatih Haaland semasa di Molde turut terbang ke Salzburg untuk mengadakan rundingan dengan pemain kebangsaan Norway itu.

Namun Haaland memilih untuk menyertai kelab Bundesliga itu selepas Dortmund bersetuju memenuhi klausa pelepasannya bernilai 17.1 juta pound sterling.

Ketika ditanya mengapa dia menyertai Dortmund berbanding United, Haaland berkata:"Itu soalan lucu."

"Saya memilih Dortmund kerana perasaan saya lebih baik di sini.

"Ia kelab hebat. Saya sentiasa menyukai kelab ini.

"Apabila saya menyebutnya, saya mula tersenyum kerana saya amat menyukai kelab ini. Saya suka segalanya di sini," katanya. - Metro.co.uk

Artikel Lain