suria

Messi selamba bersenam di gim sambil tonton video diri sendiri

Aksi Messi ketika dia berada di sebuah gim di Argentina.

TIDAK menghiraukan statusnya sebagai pemain bola popular, Lionel Messi hadir ke sebuah gim biasa di Rosario, Argentina secara bersendirian.

Menurut seorang wanita dikenali sebagai Valentina Jure, Messi senyum kepada semua orang sebelum menggunakan beberapa peralatan senaman.

Paling mencuri tumpuan tentunya ketika Messi bersenam sambil menonton video dirinya yang kebetulan ditayangkan di skrin.

"Bayangkan anda tengah bersenam, tiba-tiba Messi datang. Itulah yang berlaku kepada saya.

"Kebetulan skrin di situ menayangkan aksi dia sedang menjaringkan gol," ujar wanita yang berkongsi kisah itu.

Menurutnya lagi, dia sukar percaya bahawa atlet bertaraf selebriti seperti Messi mahu datang ke gim biasa itu. - Barca Blaugranes.

Lionel Messi, gim, bersenam

Artikel Lain