suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gaji Suarez RM1.6 juta seminggu, yakin kontrak bersama Barcelona akan disambung

Suarez dilaporkan menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab Liga Super China.

LUIS Suarez menerima gaji 290,000 paun seminggu (RM1.6 juta seminggu) di Barcelona.

Pemain berusia 32 tahun itu yakin kontraknya bersama Barcelona akan disambung dengan baki semasa sehingga musim depan.

Suarez juga dilaporkan menolak tawaran lebih lumayan daripada sebuah kelab dalam Liga Super China.

Menurut laporan Mundo Deportivo, bintang Uruguay itu enggan berjauhan dengan keluarganya dan gembira dengan apa yang dikecapi sekarang.

Selain itu, Suarez juga turut dikaitkan dengan kelab David Beckham Inter Miami.

Rakan negaranya, Nicolas Lodeiro mengesahkan sebelum ini Suarez pernah bertanyakan tentang MLS beberapa kali.

Kata Loreido, Suarez mahu menyertai MLS dan hanya masa yang menentukannya. - Onefootball.

Luis Suarez, Barcelona, Gaji, Kontrak

Artikel Lain