suria

Ronaldo tayang fesyen rambut baru

Ronaldo menggayakan fesyen rambut yang diikat di bahagian atas ketika sesi latihan bersama Juventus. Foto: Getty

CRISTIANO Ronaldo menayang gaya rambut terbarunya ketika Juventus kembali menjalani latihan selepas rehat musim sejuk.

Bekas pemain Real Madrid itu menggayakan fesyen rambut yang diikat di bahagian atas ketika sesi latihan terbabit.

Ronaldo dilihat mengawal bola sambil berlari dengan disaksikan oleh rakan sepasukan Miralem Pjanic.

Bintang Portugal itu juga sempat bertemu dengan peminat orang kurang upaya (OKU).

Salah seorang peminat itu, Ali Turganbekov yang  berasal dari Nur Sultan di Kazakhstan dan dilahirkan tanpa kaki berasa teruja dapat bermain bersama-sama idolanya.

Peminat berusia 12 tahun itu yang mempunyai seramai 158,000 pengikut di Instagram juga sempat merakam fotonya bersama bekas bintang Barcelona Xavi dan legenda Real Madrid Iker Casillas.

Bagaimanapun semua itu tidak dapat mengatasi kegembiraannya dapat bertemu Ronaldo. - Dailymail

Cristiano Ronaldo, Juventus, OKU, rambut

Artikel Lain