Sukan Para Asean: CDM dedah masalah logistik, venue kurang mesra OKU diberi perhatian - Sukan | mStar

Sukan Para Asean: CDM dedah masalah logistik, venue kurang mesra OKU diberi perhatian

Megat Shahriman (dua kanan) membuat lawatan sesi latihan pasukan ke Sukan Para Asean di Filipina Januari ini.

KETUA kontinjen (CDM) Sukan Para Asean, Datuk Seri Megat D Shahriman mendedahkan masalah logistik antara yang menjadi keutamaannya.

Megat D Shahriman menjelaskan situasi itu selepas berkunjung ke di Filipina pada Ogos lalu dan penganjur menjanjikan bas mesra orang kurang upaya (OKU) yang boleh mengisi empat kerusi roda dalam sebuah bas.

"Kami sudah ke Manila melihat persiapan penganjur cuma kami tak pernah melihat keadaan bas yang akan digunakan.

"Penganjur cuma menjanjikan satu bas yang boleh mengisi empat kerusi roda namun masalahnya akan tiba jika jadual pertandingan bermula di awal pagi.

"Bayangkan jika ada 10 bas sahaja dan penyertaan atlet seramai 200-300 orang, ini pastinya menimbulkan masalah nanti," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan kesemua atlet pada Kem Latihan Akhir Kontinjen Negara ke Sukan Para Asean di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kg Pandan, Khamis.

Beliau berkata kunjungan terakhirnya dahulu bersama pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) mendapati keadaan bilik di perkampungan sukan di New Clark City juga hanya boleh mengisi dua atlet berkerusi roda berikutan keadaan bilik yang agak sempit.

"Bilik air di venue renang juga kami dapati tidak mesra OKU dan kami sudah maklumkan semua kekurangan ini kepada penganjur ketika mesyuarat ketua-ketua kontinjen negara sebelum ini.

"Kami sudah beritahu semua keperluan kita dan kami akan memastikan semua keperluan nanti dipenuhi ketika Mesyuarat Pra-Pendaftaran Delegasi (DRM) yang akan diadakan dua minggu lagi di venue pertandingan," katanya.

Buat masa ini, 364 atlet dan pegawai bakal mengambil bahagian dalam 16 jenis sukan yang merangkumi 367 acara daripada keseluruhan 910 acara yang dipertandingkan.

"Prospek untuk kita mendapat pingat itu memang seperti yang disasarkan namun sasaran pingat sebenar biarlah Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) umumkan 13 Januari ini ketika majlis penyerahan Jalur Gemilang. Setakat ini, semua program latihan berjalan seperti yang dirancang," katanya.

Penganjur Sukan SEA ke-30 di Filipina yang sedang berlangsung kini berdepan dengan pelbagai isu daripada negara peserta terutama sekali membabitkan isu logistik dan makanan halal.

Bagaimana pun, Pengarah Bahagian Paralimpik MSN, Halimon Mohamad Sood berkata pihaknya sudah menyediakan pelan alternatif dengan penyediaan 2,000 pek makanan segera Brahim's.

Sukan Para ASEAN kesembilan yang diadakan di Kuala Lumpur, dua tahun lalu menyaksikan kontinjen negara menduduki tempat kedua keseluruhan dengan merangkul 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain