Manchester United sedia ‘rampas’ penyerang Jerman Werner daripada Liverpool - Sukan | mStar

Manchester United sedia ‘rampas’ penyerang Jerman Werner daripada Liverpool

Timo Werner. Foto Reuters

MANCHESTER United sedia untuk merampas penyerang Jerman, Timo Werner daripada Liverpool untuk dibawa masuk ke Liga Perdana Inggeris.

Kelab tersebut sedia untuk mendapatkan pemain RB Leipzig berusia 23 tahun itu menerusi jendela perpindahan pada Januri depan.

Persediaan itu sekali gus merupakan usaha mereka untuk mengatasi pencabar di Anfield yang juga mahu mendapatkan pemain yang kini menjadi rebutan di Eropah.

Werner menandatangi kontrak baharu selama empat tahun bersama Leipzig pada musim panas lalu, apabila impiannya untuk berpindah ke Bayern Munich gagal.

Bagaimanapun, perjanjian kontrak tersebut turut disertakan klausa jual beli.

Dan selepas kegagalan untuk menggantikan Romelu Lukaku apabila melepaskan pemain itu, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyedari terdapat kelemahan dalam skuadnya.

Manchester United percaya jaminan yang diberikan oleh Solskjaer akan membolehkan mereka mengatasi pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Werner menepati profil Manchester United yang kini mengenal pasti sasaran dari segi umur dan keupayaan untuk membangunkan bakat bertaraf dunia. - Mirror


Timo Werner , Manchester United , Liverpool

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain