suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jaringan hatrik Luis Suarez bantu Barcelona tewaskan Real Madrid

Suarez meraikan jaringannya dalam perlawanan antara Real Madrid dan Barcelona. FOTO: Getty.

KEKALAHAN Real Madrid di tangan Barcelona dalam perlawanan terbaharu antara dua kelab gergasi itu ternyata menjadi bualan ramai.

Menerusi pertembungan di Nou Camp, Real Madrid tewas 5-1 kepada Barcelona.

Jaringan pembukaan disumbangkan oleh Philippe Coutinho, sebelum Luis Suarez menjaringkan gol hatrik dan diakhiri dengan jaringan Arturo Vidal.

Real Madrid pula berpuas hati dengan jaringan tunggal oleh Marcelo.

Foto yang dimuat naik oleh Messi ke laman Facebook.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut, dan seolah-olah mengulangi kekalahan berterusan sebagaimana pada musim 2008-2009.

Sementara itu, Messi yang direhatkan buat sementara waktu turut berada di sana bagi memberi sokongan kepada rakan sepasukannya.

Malah, Messi turut dilihat meraikan kemenangan itu apabila berkongsi segelas wine dengan Suarez.

"Meraingan kemenangan dan jaringan hatrik, hebat!!! Tahniah semua," tulis Messi di laman Facebook beserta sekeping foto.-BarcaBlauGranes.Com/Goal.Com.

 

Real Madrid, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain