suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khabib kagumi Salah, yakin Allah sentiasa bersamanya

Khabib dan Salah merupakan ikon dalam dunia sukan dan juga Islam.

PETINJU Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov berkata dia amat mengagumi bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Khabib menjadi petinju beragama Islam dan rakyat Rusia pertama memenangi kejuaraan UFC.

Pada lawatan pertamanya ke Abu Dhabi, Khabib memberitahu akhbar Al Ittihad bahawa dia sering mengikuti perkembangan Salah.

"Saya tidak pernah bertemu dengannya tetapi saya sering mengikuti perkembangannya. Dia adalah pemain hebat dan kami memerlukan lebih ramai pemain sepertinya untuk mencerminkan etika dan mengangkat nama Islam ke seluruh dunia.

"Dia mencipta nama kerana dia amat berdisiplin. Saya yakin Allah sentiasa ada di sisinya. Generasi baru memerlukan individu seperti Mohamed Salah untuk mempelajari mengenai tabiat bersederhana, tidak kira betapa terkenalnya anda.

"Dia adalah ikon yang perlu kita lindungi dan bantu untuk mencapai lebih banyak kejayaan. Saya amat mengaguminya... mengagumi etikanya yang ditunjukkan setiap hari di Eropah," kata Khabib.

Artikel Lain