suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik Leicester City disahkan terbunuh dalam nahas helikopter

Pemilik Leicester City disahkan terbunuh bersama empat lagi individu.

PEMILIK kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha bersama empat lagi individu disahkan terbunuh dalam satu nahas helikopter yang pada Sabtu.

Menerusi kejadian itu, helikopter yang dinaiki Srivaddhanaprabha, 61, mengalami masalah teknikal sebelum terhempas berhampiran Stadium King Power.

Kejadian berlaku kira-kira sejam selepas pasukannya turun menentang West Ham dalam aksi yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Helikopter berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Luton.

Sementara itu, punca gangguan teknikal yang menyebabkan kejadian itu bagaimanapun masih lagi belum dapat dipastikan dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan.

Untuk rekod, dia membeli kelab itu pada 2010 dengan harga €44m.

Berita insiden tersebut turut disahkan menerusi laman Twitter rasmi kelab berkenaan.

Ia menerima lebih 70,000 ulang kicau (retweet) dalam tempoh kurang sejam selepas dimuat naik.

Rata-rata peminat turut menghantar ucapan mereka dan menyifatkan kejadian itu sebagai satu tragedi dalam sukan bola sepak.-OneFootball.

Vichai Srivaddhanaprabha

Artikel Lain