suria

Pemilik Leicester City antara lima terbabit nahas helikopter

Anak perempuan Vichai Srivaddhanaprabha, Voramas, atau lebih dikenali sebagai Rux dikhuatiri turut menaiki helikopter ketika nahas. Foto KingPower

PEMILIK kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha menaiki helikopter semasa ia terhempas di luar Stadium King Power, menurut sumber terdekat kepada kelab itu.

Beliau merupakan salah seorang daripada lima orang yang menaiki helikopter tersebut, bersama dua juruterbang, pembantu dan seorang lagi mangsa yang masih belum dikenal pasti.

Vichai Srivaddhanaprabha. Foto PA

Setakat ini, tidak dipastikan mengenai mangsa yang terselamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas helikopter, pemilik Leicester City dikhuatiri maut

ARIKEL BERKAITAN: Pemilik Leicester City dalam helikopter ketika nahas, kata saudara

Jutawan Srivaddhanaprabha hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang West Ham United.

Sebelum insiden itu, Leicester City terikat seri 1-1 dengan West Ham United.

Srivaddhanaprabha sering diambil oleh juruterbang helikopternya di padang King Power setiap kali selepas tamat perlawanan Leicester City di gelanggang sendiri.

Helikopter yang terhempas terbakar. Foto Sky News

Nahas itu berpunca daripada masalah teknikal pada ekor helikopter terbabit.

Difahamkan helikopter itu berlepas seperti biasa, mencapai ketinggian kira-kira 200 kaki sebelum terhempas di tempat letak kereta di perkarangan stadium.

Disahkan bahawa Aiyawatt Srivaddhanaprabha, anak lelaki Srivaddhanaprabha yang juga pengarah Leicester City, tidak menghadiri perlawanan itu mahupun menaiki helikopter berkenaan.

Seorang jurucakap kelab berkata: "Kami sedang memberi kerjasama dengan Polis dan Khidmat Kecemasan Leicestershire dalam menangani insiden yang berlaku di Stadium King Power. - Mirror Online

Artikel Lain