suria

Nahas helikopter, pemilik Leicester City dikhuatiri maut

Helikopter tersebut berlepas dari padang King Power.

PEMILIK Leicester City FC dikhuatiri maut selepas helikopter miliknya meletup di udara dan terhempas di tempat letak kereta di luar perkarangan Stadium King Power.

Vichai Srivaddhanaprabha dipercayai berada di dalam helikopter tersebut yang berlepas dari padang stadium sebelum ia dilaporkan tiba-tiba hilang kawalan.

Salah seorang saksi berkata dia terlihat satu bola api besar di udara sebelum helikopter tersebut terhempas.

"Tiada siapa dilihat keluar dari helikopter tersebut," katanya.

Srivaddhanaprabha sering diambil oleh juruterbang helikopternya di padang King Power setiap kali selepas tamat perlawanan Leicester City di gelanggang sendiri.

Vinchai Srivaddhanaprabha.

Sebelum insiden itu, Leicester City terikat seri 1-1 dengan West Ham United.

Nahas itu berpunca daripada masalah teknikal pada ekor helikopter terbabit.

Difahamkan helikopter itu berlepas seperti biasa, mencapai ketinggian kira-kira 200 kaki sebelum terhempas di tempat letak kereta di perkarangan stadium.

Helikopter jenis AgustaWestland mempunyai kapasiti untuk enam penumpang dan dua anak kapal.

Api besar memusnahkan helikopter tersebut.

Anak Srivaddhanaprabha, Aiyawatt merupakan naib pengerusi kelab itu.

Kelibatnya tidak kelihatan semasa perlawanan malam Sabtu.

Jurucakap Leicester City berkata:"Kami sedang membantu polis Leicestershire dan Pasukan Kecemasan dalam menangani insiden di Stadium King Power.

"Kelab akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci setelah maklumat lanjut diperolehi." - The Mirror

helikopter, terhempas

Artikel Lain