suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea, United paling dibenci!

Chelsea dan Manchester United antara kelab EPL paling dibenci.

CHELSEA adalah kelab paling dibenci dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Tinjauan yang dilakukan The Mirror bertanya kepada penyokong setiap kelab sama ada mereka suka, benci atau tidak peduli dengan pesaing pasukan pilihan mereka.

Hasil tinjauan tersebut ternyata mengejutkan!

Chelsea menjadi pasukan paling dibenci selain Manchester United di tempat kedua.

Rata-rata 68.7% penyokong berkata mereka membenci Chelsea berbanding 68.1% yang direkodkan terhadap United.

Liverpool menduduki tempat ketiga (52.8%), sementara West Ham (47.6%) dan Arsenal melengkapkan senarai kelima kelab paling dibenci dengan 46.2%.

Tinjauan tersebut turut bertanya kelab yang menjadi pilihan penyokong dengan Burnley menduduki kedudukan teratas dengan 35.8%.

Selain itu, Bournemouth (32.9%), Huddersfield (30.2%), Manchester City (28.3%), Newcastle (27.1%) dan Fulham (also 27.1%) menjadi kelab paling disukai penyokong.

Kedudukan 10 teratas kelab paling dibenci:

1. Chelsea // 68.7%

2. Manchester United // 68.1%

3. Liverpool // 52.8%

4. West Ham // 47.6%

5. Arsenal // 46.2%

6. Tottenham // 43.5%

7. Man City // 38.7%

8. Cardiff // 36.5%

9. Crystal Palace // 29.7%

10. Everton // 27.0%

Chelsea, Manchester United

Artikel Lain