TMJ bidas mutu pengadil lemah di final Piala Malaysia - Sukan | mStar

TMJ bidas mutu pengadil lemah di final Piala Malaysia

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas mutu pengadilan yang lemah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 antara Terengganu FC dan Perak di Stadium Shah Alam, di sini malam Sabtu.

Tunku Ismail yang juga Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyatakan rasa terkejut apabila mengetahui Suresh Jayaraman yang baginda sendiri tidak kenal telah ditugaskan untuk mengendalikan perlawanan malam Sabtu.

Justeru, baginda bertitah adalah tepat pada masanya untuk MFL menggunakan khidmat pengadil luar negara mengendalikan perlawanan bola sepak yang penting di Liga Malaysia seperti yang diamalkan Liga Thailand pada masa ini.

"Inilah sebabnya MFL mahu membawa pengadil dari luar negara untuk perlawanan penting, tetapi Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh tidak bersetuju.

"Subkhiddin katakan ia seperti memperkecilkan pengadil tempatan. Itu bukan sebabnya. Ini adalah kerana kita perlukan bantuan, anda boleh membaca artikel MFL sebelum ini,” titah Tunku Ismail dalam beberapa catatan twitter terbaharu baginda.

Perak menjuarai Piala Malaysia buat kali kelapan selepas mengalahkan Terengganu FC 4-1 dalam penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 selepas tamat masa perlawanan sebenar dan masa tambahan 30 minit. - BERNAMA

TMJ , Piala Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain