suria

Penyokong kecam Moreno, rekod tanpa bolos Liverpool lebur

Moreno beraksi buat pertama kalinya bersama Liverpool musim ini.

PENYOKONG Liverpool menyalahkan Alberto Moreno selepas rekod tanpa bolos pasukan itu dicalarkan Cardiff City meskipun menang 4-1 di Anfield, malam Sabtu.

Mereka sudah meluahkan rasa bimbang apabila Jurgen Klopp menurunkan Moreno dalam skuad utama Liverpool buat pertama kalinya musim ini.

Pada pertemuan itu, pemain pertahanan pilihan utama, Andrew Robertson diletakkan di bangku simpanan.

Mohamed Salah meledak masuk gol pertama pada minit ke-10 dari jarak dekat.

Cardiff berjaya menyekat kemaraan Liverpool pada babak pertama sebelum Sadio Mane menanduk masuk gol kedua pada minit ke-66.

Namun Cardiff bangkit menjaringkan satu gol 10 minit kemudian.

Ia adalah pertama kali sejak Februari rekod tanpa bolos Liverpool dicalarkan.

Satu lagi gol jaringan Mane dan Xherdan Shaqiri melengkapkan gol kemenangan Liverpool.

Meskipun tiga mata penuh milik mereka, penyokong ternyata tidak berpuas hati dengan kesilapan Moreno. - Metro.co.uk

Alberto Moreno

Artikel Sebelum

Artikel Lain