suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Silva akui pengadil buat 'hidup' pemain United senang

Silva (kanan) mendakwa pengadil buat kerja pemain United lebih mudah.

PENGURUS Everton mendakwa pengadil Jonathan Moss telah membuatkan 'hidup' Manchester United lebih senang dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Isnin.

Tuan rumah bejaya mengutip tiga mata penuh dengan keputusan 2-1 menerusi jaringan Paul Pogba dan Anthony Martial.

"Ia perlawanan yang sukar, tetapi kami datang adalah untuk menang.

"Satu-satunya cara kami bekerja. Apabila perlawanan seimbang dalam tempoh 20-35 minit pertama, sepakan penalti membuatkan mereka berada di depan dan permainan lebih selesa," jelas Marco Silva kepada Sky Sports.

Namun Silva mendakwa sepatutnya tidak ada sepakan penalti.

"Ia sangat sukar buat kami. Saat itu juga menjadikan pihak lawan semakin senang. Anda lebih terdedah kerana perlu berdepan dengan risiko.

"Jaringan sangat hebat, tetapi kami hanya berpeluang untuk menjaringkan gol ketika kedudukan 2-1.

"Penalti kami lebih jelas, bukan seperti yang pertama. Ketika itu pengadil berada di situ dan melihat seperti pemain saya menyentuh bola.

"Saya tidak fikir itu keputusan sukar. Saya tidak mahu bercakap mengenainya kerana menghormati pengadil," ujarnya.

Marco Silva, Everton

Artikel Lain