Presiden Roma maki penyokong insiden serangan di Anfield - Sukan | mStar

Presiden Roma maki penyokong insiden serangan di Anfield

SEORANG penyokong bola sepak mengalami kecederaan kritikal pada perlawanan separuh akhir dan presiden Roma 'naik angin' sejurus mengetahui tentang perkara itu.

Presiden Roma, James Pallotta mengeluarkan kata-kata kesat kerana menyifatkan insiden itu telah mencalarkan reputasi kelabnya.

Palotta. -Reuters

Penyokong Liverpool cedera teruk dalam insiden yang berlaku pada perlawanan Liga Juara-Juara di Anfield pada Selasa.

Mangsa yang berusia 53 tahun itu diserang sebelum perlawanan bermula dan dua lelaki Itali didakwa serta direman oleh  pihak polis Merseyside.

Namun, Palotta mempercayai 99.9 peratus daripada penyokong pasukannya adalah yang terbaik dan menegaskan bahawa ada perkara yang perlu berubah ekoran kelakuan penyokong segelintir individu yang melakukan perbuatan bodoh.

"Kami mempunyai sejarah yang panjang di Roma dan apa yang berlaku apabila anda mempunyai segelintir orang bodoh yang merosakkan sejarah sendiri.

"Mereka menyerang legasi kami dan saya sudah penat," kata presiden Roma kepada pemberita, lapor Goal.

"Ia bukan sekadar isu buat Rome. 

Ia adalah isu Itali dan untuk pihak berkuasa termasuk kita semua untuk bersatu, bangkit agar kita tidak memiliki reputasi yang menunjukkan penyokong kita bukan yang terbaik di dunia.

"Ia hanya perbuatan beberapa penyokong 'f****** moron' (gila babi) yang telah menjatuhkan kita," ujarnya.

James Pallotta , Roma

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain