Piala AFC: PBNP Kunci Mulut - Sukan | mStar

Piala AFC: PBNP Kunci Mulut

PETALING JAYA: Keputusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) sama ada menerima tawaran kedua Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi menggantikan Kedah bagi slot Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 terus mencetuskan tanda tanya.

Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf ketika dihubungi mStar Online pada Selasa enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Sebaliknya, beliau hanya berkata apa sahaja maklumat berkaitan perkara itu akan dimaklumkan kepada media pada Rabu.

"No komen. Kalau ada maklumat mengenai keputusan atau tindakan susulan, esok saya akan komen. Saya pun tak tahu lagi sama ada akan diadakan sidang media atau sebaliknya," kata Norlia.

Ditanya sama ada PBNP akan memuktamadkan keputusan tersebut pada Rabu, Norlia bagaimanapun mengambil pendirian untuk mengunci mulut.

"Keputusan (bila nak umum) tak boleh nak cakap lagi kerana semuanya bergantung dengan mesyuarat pihak pengurusan tertinggi. Lagipun tarikh akhir (untuk maklum keputusan) sehingga Khamis ini," katanya.

Pada Sabtu lalu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi tempoh sehingga Khamis ini kepada PBNP untuk memikirkan semula keputusan mereka yang enggan menggantikan Kedah pada kejohanan tersebut.

Sebelum ini, Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan isu penolakan skuad Tok Gajah itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin badan induk itu untuk tindakan selanjutnya.

"Mereka diberikan masa sehingga 30 November ini (Khamis) untuk membuat keputusan. Kami tidak boleh mencalonkan pasukan lain selain Pahang untuk menggantikan Kedah kerana AFC tidak membenarkannya.

"AFC hanya membenarkan dua pasukan di tangga teratas Liga Super atau juara piala domestik menyertai Piala AFC. Peraturan itu jelas dan pasukan lain seperti Selangor atau PKNS FC yang mempunyai lesen AFC tidak boleh menggantikan Kedah.

"Sekiranya PBNP menolak tawaran itu, FAM bimbang kemungkinan ia akan memberi kesan kepada penyertaan kita di kejohanan sama pada masa depan," katanya.

Seandainya Pahang tetap dengan keputusan untuk tidak mengisi kekosongan itu, AFC akan menyerahkan kuota berkenaan kepada negara lain dengan Malaysia kemungkinan hanya diberikan satu slot sahaja ke kejohanan itu selepas ini.

PBNP sebelum ini menolak tawaran berkenaan dengan memberi alasan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada saingan liga domestik selain masalah kewangan.

PBNP , Piala AFC

Artikel Sebelum

Farhan Kekal Bersama TRW

Artikel Berikut

Salah Lepas Rindu

Artikel Berkaitan

Pahang Tak Hormat AFC

Pahang Tolak Ganti Kedah

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain