suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah Lepas Rindu

MOHAMED Salah mendapat penghormatan daripada penyokong Chelsea pada Sabtu di atas tindakan tidak meraikan gol ke atas bekas kelabnya itu.

Bintang Liverpool itu menjaringkan gol ke-15nya musim ini ketika menentang Chelsea tetapi dia hanya mengangkat tangannya sebagai tanda menghormati kariernya di Stamford Bridge sebelum ini.

Malah ia juga sebagai tanda penghormatan kepada tanah airnya yang dilanda tragedi dahsyat baru-baru ini apabila 305 maut dalam serangan di sebuah masjid.


Jurukamera sempat merakamkan gelagat Salah sebelum aksi sepak mula di mana dia bersalaman dan berbual dengan bekas rakan pasukannya itu.

Salah turut dirakam bertemu dan memeluk William dan David Luiz di dalam terowong.

Pemain Mesir itu membuktikan dia pembelian yang berbaloi untuk Liverpool kerana muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Mohamed Salah, Liverpool

Artikel Sebelum

Piala AFC: PBNP Kunci Mulut

Artikel Berikut

Perpindahan Ozil Hampir Pasti

Artikel Lain