suria

Lukaku Bernasib Baik

Lukaku didakwa menyepak Gaetan semasa aksi menentang Brighton.

PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku terlepas sebarang tindakan atas kesalahan menyepak pemain pertahanan Brighton, Gaetan Bong sebanyak dua kali.

Insiden itu didakwa berlaku ketika United menang 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu lalu.

Namun insiden itu tidak disedari pengadil Neil Swarbrick.

Persatuan Bola Sepak England (FA) merujuk kes itu kepada tiga bekas pengadil EPL untuk mengkaji secara bebas mengenai dakwaan tersebut pada Isnin.

Mereka masing-masing memutuskan bahawa kesalahan Lukaku itu bukan satu tindakan yang ganas.

Dengan keputusan itu, Lukaku terlepas tiga hukuman penggantungan perlawanan EPL.

Pemain berusia 24 tahun itu berhijrah dari Everton ke Old Trafford pada musim panas lalu dan menjaringkan 10 gol dalam sembilan penampilan pertamanya bersama United.

Bagaimanapun, Lukaku hanya menjaringkan satu gol dalam 10 aksi terakhirnya bersama kelab itu.

Romelu Lukaku

Artikel Sebelum

Perpindahan Ozil Hampir Pasti

Artikel Berikut

‘Barulah Mirip Ronaldo’

Artikel Lain