suria

Newcastle Intai Luke Shaw

KEMUNGKINAN besar peminat Manchester United tidak lagi dapat melihat kelibat Luke Shaw di Old Trafford.

Ini kerana Shaw bakal dipinjamkan ke Newcastle pada Januari ini.

Bekas pemain Southampton itu tiba menyertai skuad Jose Mourinho pada 2014 dengan nilai perpindahan 33 juta pound sekaligus mencipta rekod termahal pemain muda British. 

Menurut laporan Mirror, Rafa Benitez berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan itu yang kini jarang disenaraikan Mourinho.

Benitez mengintai untuk mendapatkan pemain itu secara pinjaman dan dalam masa sama dapat membantu pemain itu kembali dipanggil ke skuad England bagi persiapan Piala Dunia 2018.

Shaw,22, merekodkan tujuh kali bersama pasukan kebangsaan dan menjadi pemain utama di United ketika di bawah bimbingan Louis van Gaal.

Pemain itu sering mendapat kritikan daripada Mourinho sama ada di atas atau di luar padang.

Biarpun belum mendapat nilai untuk meminjam pemain ini, Newcastle mungkin mempunyai pilihan lebih baik dengan menawarkan tempat utama dalam skuadnya.

Shaw hanya bermain 47 minit untuk musim ini bertemu Burton Albion dan Swansea City serta menjadi pemain simpanan ketika aksi Piala Carabao.

Luke Shaw, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AC Milan Pecat Pengurus

Artikel Lain