suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengurus Sevilla Jalani Pembedahan

PENGURUS Sevilla, Eduardo Berizzo akan menjalani pembedahan pada Selasa selepas disahkan menghidap kanser prostat minggu lalu.

Sepanjang ketiadaan Berizzo, tugasnya akan diambil-alih pembantunya, Ernesto Marcucci.

"Pengurus Sevilla Eduardo Berizzo akan menjalani pembedahan pada tengah hari Selasa selepas disahkan menghidap kanser prostat beberapa hari lalu.

"Kepulangan semula Berizzo bergantung kepada keadaan selepas pembedahan dan proses pemulihannya. Sevilla yakin dia akan kembali secepat mungkin," kata Sevilla dalam satu kenyataan.

Sevilla akan bertemu Cartagena pada peringkat 32 terakhir Piala Raja Sepanyol pada Rabu di mana mereka mendahului dengan 3-0 dalam aksi pertama.

Berizzo, 48, menyaksikan kebangkitan anak buahnya mengikat Liverpool 3-3 pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara minggu lalu selepas ketinggalan 0-3 pada babak pertama.

Malah Sevilla juga bangkit menundukkan Villarreal 3-2 selepas ketinggalan 2-0 pada aksi La Liga untuk kekal di tangga kelima, Ahad lalu.

Sevilla, Eduardo Berizzo

Artikel Sebelum

‘Barulah Mirip Ronaldo’

Artikel Berikut

Newcastle Intai Luke Shaw

Artikel Lain