suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perpindahan Ozil Hampir Pasti

IAN Wright yakin Mesut Ozil akan berhijrah ke Manchester United dalam masa terdekat.

Bintang Arsenal itu sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford kerana Ozil enggan memperbaharui kontranya di Emirates.

Kontraknya akan berakhir pada musim panas akan datang.

Pengurus United, Jose Mourinho belum memberikan sebarang komen kepada umum mengenai Ozil tetapi difahamkan dia benar-benar mahu bekerjasama semula dengan bekas bintang Real Madrid itu.

Wright bagaimanapun percaya perpindahan tersebut akan dimuktamadkan.

"Mesut Ozil ke Manchester United secara percuma semakin hampir. Saya yakin Jose pasti menyukainya.

"Saya yakin Ozil dan ejennya akan mendesak Arsenal untuk membenarkan perpindahan tersebut," kata Wright dalam satu temu bual bersama BBC.

Ozil digugurkan daripada skuad ketika bertemu Burnley pada Ahad kerana pemain itu dilaporkan tiba-tiba tidak sihat.

Pemain kebangsaan Jerman itu berlepas ke Burnley tetapi dihantar semula ke London oleh pasukan perubatan Arsenal.

Arsenal mengelak untuk menjual Ozil kepada seteru utamanya lebih-lebih lagi United yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris.

Mesut Ozil, Manchester United

Artikel Sebelum

Salah Lepas Rindu

Artikel Berikut

Lukaku Bernasib Baik

Artikel Lain