Antara Klopp-Mourinho, Lebih Baik Mourinho! - Sukan | mStar

Antara Klopp-Mourinho, Lebih Baik Mourinho!

Jose Mourinho (kiri) dan Jurgen Klopp.

BEKAS pemain Liverpool telah membandingkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dengan bos Manchester United Jose Mourinho.

Stan Collymore mendakwa dia lebih rela mempunyai seorang pengurus seperti Mourinho kerana dia mampu menjamin kejayaan.

Mourinho dan Manchester United telah menikmati permulaan yang sangat baik musim ini dan mereka berada di kedudukan kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris, lima mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

Pengurus Portugis itu telah menggunakan strategi bertahan dengan terbaru mereka menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur pada Sabtu.

Sebaliknya Liverpool berada di posisi kurang baik setakat ini (ke-6) dengan 12 mata di belakang City.

Ketika Mourinho dikritik kerana dilihat tidak puas hati di luar padang, Collymore menegaskan reaksi yang ditunjukkan itu lebih baik baik berbanding Klopp yang 'tersenyum'.

"Jose mempunyai hak untuk memberitahu pengkritiknya supaya diam," katanya kepada Daily Mirror.

Jose Mourinho. -fotoAFP

"Banyak yang anda lihat daripadanya adalah lakaran.

"Dia suka dirinya nampak jahat di depan kamera tetapi pada dasarnya dia seorang yang sangat baik dan saya sangat menghormatinya.

"Bila kita buka TV, Jurgen tersenyum dan kita tersenyum kepadanya.

Jurgen Klopp. -fotoAFP

"Bila Mourinho kerut dahi, kita kata dia tidak menunjukkan permainan sebenar.

"Tetapi saya tahu siapa yang saya lebih suka untuk menguruskan kelab saya.

"Jangan cemarkan namanya sebagai pengurus 'parkir bas' dan tidak bermain bola sepak sebenar.

"Dia telah melakukannya pada tahap tertinggi.

"Baginya, bola sepak adalah tiga mata untuk menang, satu untuk seri dan kosong untuk kalah dan itu yang sentiasa difikirkannya.

"Dia tak fikir tentang falsafah atau cuba bawa pembaharuan dalam permainan, dia hanya fikir tentang menang trofi.

"Dan orang ramai boleh kira jumlah trofinya selepas semuanya selesai."

Artikel Sebelum

Perjuangan Zachary Anderson

Artikel Berikut

Jangan Pandang Benfica Sebelah Mata - Bailly

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain