suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ronaldo Pilih ‘Alana Martina’

BELUMPUN lahir anak keempatnya, Cristiano Ronaldo sudah ada nama untuk bayi hasil hubungan dengan kekasihnya, Georgina Rodriguez.

Georgina dijangka bersalin bayi perempuan pada bulan depan.

Bayi tersebut akan diberi nama Alana Martina, hasil persetujuan pasangan kekasih itu.

"Saya pilih nama pertama dan Gio kedua.

"Anak perempuan saya akan diberi nama Alana Martina. Saya hanya mahu berkongsinya dengan anda semua. Saya fikir ia satu nama yang cantik," kata Ronaldo.

Georgina turut mendedahkan dia akan bersalin anak pertamanya dengan Ronaldo pada 21 November depan.

Ronaldo sudah mempunyai seorang anak sulung, Cristiano Jr berusia tujuh tahun sebelum mengambil anak kembar yang diberi nama Eva Maria dan Mateo pada musim panas lalu.

Pemain terbaik dunia 2017 itu mendedahkan nama bayi perempuannya yang bakal lahir itu secara live streaming di Instagramnya.

Cristiano Ronaldo, Alana Martina

Artikel Lain