suria

Mourinho Cemburu Taktikal Bertahan Conte Dipuji

PRESTASI cemerlang bos baharu Chelsea, Antonio Conte mengemudi pasukannya menerajui Liga Perdana Inggeris ternyata mengundang rasa cemburu daripada bekas pengendali kelab itu, Jose Mourinho.

Mourinho yang kini membimbing Manchester United, menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mengetahui Conte menerima pujian dengan taktikal bertahan yang digunakan sepanjang kempen 2016/2017.

Malah pengurus kelahiran Portugal itu mempersoalkan mengapa dia tidak menerima layanan yang sama ketika di Stamford Brigde.

"Ketika bersama Chelsea, pasukan saya bermain dengan baik selama bertahun-tahun dalam karier saya, terutamanya di negara ini apabila mereka bertahan dengan baik dan melancarkan serangan balas.

"Tetapi taktikal itu tidak mencukupi untuk memenangi gelaran walaupun saya sudah merangkul tiga trofi liga bersama mereka.

"Namun pada musim ini taktikal bertahan dan serangan balas menjadi fenomena dan merupakan perubahan yang besar di England.

"Di Manchester United, saya tidak mahu menukar gaya permainan kami. Corak permainan ini adalah seperti diminta oleh pasukan dan seperti dimahukan kelab.

"Tetapi saya juga tidak mahu menjadi pengurus yang memiliki pasukan yang bermain dengan baik, mencipta banyak peluang dan gagal memenangi perlawanan.

"Kami perlu menjaringkan gol seperti yang dilakukan ketika menentang Leicester City," katanya.

Manchester United menang mudah ke atas juara bertahan dengan keputusan 3-0 pada Ahad tetapi masih menghuni tangga keenam liga dengan dipisahkan 14 mata daripada Chelsea.

Antonio Conte, Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain