suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neville Bela Wenger, Selar Penyokong Arsenal Sebagai 'Bodoh'

LEGENDA Manchester United, Gary Neville menyelar sikap segelintir penyokong Arsenal yang membawa poster yang tertera mesej untuk mendesak Arsene Wenger meninggalkan kelab itu susulan kekalahan 1-3 kepada musuh setempat, Chelsea pada Sabtu.

Dalam perlawanan getir untuk menghidupkan peluang mencabar kejuaraan liga sejak 2004, Arsenal gagal menandingi kehebatan Chelsea selaku pendahulu liga, sekali gus mengundang kekecewaan penyokong setia The Gunners.

Malah ketika perlawanan berbaki beberapa minit, kamera sempat merakamkan aksi seorang penyokong Arsenal memegang poster bertulis 'Enough is enough, time to go’ (Cukup cukup sudah, masa untuk pergi).

"Dia (penyokong) terbabit merupakan peminat yang bodoh," kata Neville ketika mengulas perlawanan tersebut.

"Wenger tidak wajar diperlakukan sedemikian. Memang benar penyokong Arsenal kecewa tetapi membawa poster sebegitu merupakan satu tindakan bodoh.

"Penyokong Arsenal mungkin tidak mahu menerima Arsenal menamatkan saingan di kedudukan empat teratas secara konsisten, tetapi pasukan anda mungkin jatuh ke tangga yang lebih teruk.

"Fikirkan jika anda mahu menukar pengurus dan mungkin Arsenal tidak mampu menamatkan saingan empat teratas untuk beberapa musim.

"Sumbangan Wenger sangat hebat. Jadi fikirkan baik-baik," katanya.

Arsene Wenger, Gary Neville, Arsenal

Artikel Lain