suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guardiola Akui De Bruyne Seperti Messi

PEP GUARDIOLA percaya Kevin De Bruyne akan menjadi pemain terbaik Liga Perdana Inggeris kerana mempunyai ciri-ciri luar biasa seperti Lionel Messi.

Pemain Belgium itu menjaringkan gol bermakna ketika Manchester City menewaskan Bournemouth 4-0 di Stadium Etihad baru-baru ini.

Jurlatih kelahiran Sepanyol itu turut menyifatkan De Bruyne sebagai pemain terbaik yang pernah dilatih selepas Messi di Barcelona.

"Bagi saya De Bruyne adalah pemain istimewa. Dia dapat melakukan segalanya.

"Apabila dapat bola, dia mampu melakukan apa sahaja. Dia dapat membuat keputusan dengan pantas di atas padang.

"Kadang-kadang dia membuat hantaran, mengawal permainan dan mampu membuat keputusan tepat pada watu yang tepat.

"Seorang pemain terbaik yang pernah saya latih. Apabila bercakap mengenai Messi, De Bruyne mempunyai caranya tersendiri," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain