Ketua Pasukan Kedah Pulih Daripada Kecederaan - Sukan | mStar

Ketua Pasukan Kedah Pulih Daripada Kecederaan

KETUA pasukan Kedah Khyrul Helmi Johari akan kembali memimpin kesebelasan utama skuad Helang Merah ketika menentang Perak di Ipoh dalam saingan Liga Super Pada Sabtu ini.

Khyrul Helmi terpaksa direhatkan satu perlawanan ketika saingan Piala FA baru-baru ini akibat kecederaan.

Pemain pertahanan itu juga dikecualikan daripada sesi latihan sehingga disahkan pulih oleh pasukan perubatan sebelum dibenarkan melakukan senaman ringan.

Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe berkata, beliau yakin Khyrul Helmi akan kembali cergas sepenuhnya untuk membantu pasukan hijau kuning mencipta kemenangan di Ipoh nanti.

Aksi penyerang Kedah, Carlos Kahe.

"Saya lega bila diberitahu Khyrul Helmi mampu beraksi pada perlawanan Sabtu ini. Kehadirannya untuk digandingkan bersama pemain pertahanan dari Korea Selatan iaitu Bang Seung Hwan pasti akan menjadikan benteng Kedah lebih kebal.

"Saya sedar Perak bukanlah lawan yang mudah dijinakkan kerana mereka berjaya menewaskan Sarawak 3-1 pada perlawanan Piala FA Sabtu lalu di gelanggang yang sama. Mereka pasti mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menentang kita.

"Pertemuan dengan Perak adalah perlawanan penting. Sebarang kesilapan boleh memberi peluang kepada lawan untuk mendapatkan gol dan kemenangan.

"Pemain perlu fokus dan sentiasa berusaha untuk memastikan kemenangan menjadi milik kita dalam perlawanan kali ini," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, kejayaan menjaringkan lapan gol merupakan tonik untuk pemain berkunjung ke Ipoh dengan moral yang tinggi.

Jelasnya, pemain seperti Carlos Kahe, Baddriol Bakhtiar, Syazwan Zainon dan Sandro Da Silva pasti lebih yakin untuk menjaringkan gol dalam perlawanan Sabtu ini berdasarkan semangat yang dipamerkan.

"Dalam dua perlawanan liga sebelum ini, pemain beraksi dengan cemerlang dan keputusan yang mampu dicatatkan ialah satu kalah dan menang satu. Walaupu berjaya menguasaai permainan tetapi ketumpulan penyerang di hadapaan pintu gol lawan telah mengecewakan kami.

"Saya yakin kini mereka mampu meneruskan kecemerlangan yang ada ketika berdepan Perak," ujarnya.

Kedah , Helang Merah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mourinho Beli Rumah Di Manchester

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin