suria

Pemandu F1, Jules Bianchi Meninggal Dunia Selepas 9 Bulan Koma

PEMANDU Formula Satu (F1), Jules Bianchi meninggal dunia pada Sabtu selepas sembilan bulan dirawat di hospital akibat mengalami kemalangan pada GP Jepun.

Pengendali jentera pasukan Marussia berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan koma sejak Oktober 2014 selepas mengalami kecederaan dalaman yang serius.

Sejak itu Bianchi telah menjalani rawatan di Hospital di Nice, Perancis, sebelum keluarganya mengumumkan mengenai kematian pemuda tersebut pada pagi Sabtu.

"Ia merupakan dukacita bagi keluarga Jules Bianchi iaitu ibu bapanya, Philippe dan Christine, serta abagnya Tom dan Melanie (kakak), untuk mengumumkan bahawa Jules telah meninggal dunia pada malam tadi di Centre Hospitalier Universitaire (CHU) di Nice, Perancis.

"Dia dimasukkan ke wad sejak 5 Oktober 2014 akibat kemalangan di Litar Suzuka ketika GP F1 Jepun," katanya keluarga Bianchi dalam satu kenyataan.

Pasukan Manor Marussia pula berkata," Kami sedih kerana kehilangan Jules selepas dia bertarung nyawa untuk terus hidup.

"Menjadi satu keistimewaan bagi kami kerana memiliki pelumba seperti dia dalam pasukan tersebut selama ini."

Jules Bianchi, F1

Artikel Berikut

Artikel Lain