suria

Liga Juara-Juara: Celtic Diundi Menentang Qarabag Atau Rudar

CELTIC akan berkunjung ke Azerbaijan atau Montenegro pada pusingan kelayakan Liga Juara-Juara yang seterusnya jika pasukan tersebut menundukkan Stjarnan pada pusingan kelayakan kedua.

Anak buah pengurus Ronny Deila itu diundi menentang Qarabag atau Rudar Pljevlja pada aksi kelayakan pusingan ketiga walaupun mereka masih perlu terlebih dahulu beraksi menentang Stjarnan.

Qarabag terikat 0-0 dengan Rudar di Azerbaijan pada aksi pusingan kelayakan pertama.

Celtic menundukkan Stjarnan 2-0 di gelanggang sendiri pada Rabu dan akan berkunjung ke Iceland untuk aksi timbal balik Rabu depan.

Monaco, sebuah pasukan yang berentap dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara pada musim lalu diundi berdepan Young Boys pada aksi kelayakan pusingan ketiga musim ini.

Shakhtar Donetsk pula akan berkunjung ke Fenerbahce yang kembali beraksi pada kejuaraan berprestij ini selepas digantung selama dua tahun atas dakwaan cuba mengatur perlawanan.

Ajax akan menentang Rapid Vienna manakala CSKA bakal melayan kunjungan Sparta Prague.

Panathinaikos diundi menentang Bruges di gelanggang sendiri.

Juara Liga Greece, Olympiakos pula masih disiasat atas dakwaan mengatur perlawanan dan mungkin tidak dibenarkan bertanding.

Sementara itu, Basel yang mara ke kelompok 16 pasukan terakhir musim lalu akan menentang sama ada Lech Poznan atau Sarajevo.

Perlawanan pertama akan diadakan pada 28 dan 29 Julai ini. 

Perlawanan timbal balik pula pada 4 dan 5 Ogos depan.


undian, Liga Juara-Juara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain