suria

Liverpool Tebus Kontrak Benteke, Bimbang Disambar Man United

LIVERPOOL dilapor sedia menebus kontrak Christian Benteke dalam tempoh terdekat kerana bimbang penyerang Aston Villa itu disambar Manchester United.

Benteke kini berada di kem latihan Villa di Portugal, namun Liverpool mahu mempercepatkan usaha mendapatkan pemain terbabit yang dilaporkan bernilai £32.5 juta.

Penyerang beruai 24 tahun itu bakal menjadi pemain kedua paling mahal dalam sejarah Liverpool jika penghijrahannya berlaku.

Pengendali Liverpool dilapor mahukan Benteke sejak sebelum ini, namun Villa enggan menjual pemain terbabit.

Bagaimanapun, penjualan Raheem Sterling bernilai £49 juta kepada Manchester City membuka peluang Anfield bersetuju dengan nilai £32.5 juta yang diminta Villa.

Pembelian Benteke akan menjadikan jumlah perbelanjaan Liverpool pada jendela pemindahan pemain kali ini sebanyak £80 juta.

Kelab itu sebelum ini telah mendapatkan khidmat Nathaniel Clyne, Joe Gomez, Adam Bogdan dan Roberto Firmino.

Manchester United, Liverpool

Artikel Lain