suria

Arsenal Cuba Nasib Kali Kedua Bida Benzema

Karim Benzema.

ARSENAL mencuba nasib buat kali kedua apabila bersedia membelanjakan 40 juta pound (RM236.9 juta) untuk mendapatkan penyerang Real Madrid, Karim Benzema.

Bidaan itu akan dikemukakan kepada kelab gergasi Sepanyol tersebut pada minggu depan.

Real Madrid masih membuka tawaran terhadap Benzema dan mengharapkan bidaan sebanyak 42.5 juta pound (RM251.70 juta).

Jumlah tersebut adalah bidaan tertinggi pernah dibayar Arsenal untuk mendapatkan khidmat Mesut Ozil di Real Madrid suatu ketika dulu.

Benzema dianggap sebagai pemain terbaik yang mampu memperkukuhkan kesebelasan utama The Gunners dalam menghadapi kempen pembukaan saingan Liga Perdana Inggeris yang akan datang.

Karim Benzema, Arsenal, Real Madrid

Artikel Lain