suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Mahu Real Madrid Serah Sergio Ramos Untuk De Gea

MANCHESTER dilaporkan telah memberitahu Real Madrid bahawa kelab itu akan hanya melepaskan David de Gea jika pasukan itu sedia menukarnya dengan Sergio Ramos.

Jika tidak United enggan melayan sebarang bidaan walaupun Real cuba memancing dengan jumlah yuran pemindahan yang lebih besar.

Hal ini kerana, United hanya mahukan pertukaran pemain bagi De Gea.

Daily Mail melaporkan, perjanjian kontrak baru Ramos dengan Real masih belum diputuskan dan kelab itu tidak akan berputus asa untuk mendapatkan pertahanan berkenaan.

Bagaimanapun peluang De Gea untuk menyertai Real Madrid tidak tertutup sebaliknya pemain itu dapat berhijrah secara percuma pada tahun depan apabila kontraknya bersama United tamat.

Old Trafford sebelum ini menawarkan kontrak baru kepada De Gea dengan gaji sebanyak £200,000 seminggu, tetapi ditolak pemain Sepanyol itu.

Artikel Lain