suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juventus Mahukan Chicarito

Chicarito kini menjadi sasaran Juventus.

JUVENTUS telah membuat pertanyaan rasmi kepada Manchester United sama ada mereka mahu menjual penyerang Mexico, Javier Hernandez selepas rundingan dengan Arsenal untuk meminjam Lukas Podolski gagal dimeteraikan.

Louis van Gaal sebelum ini telah menyatakan yang United bersedia mendengar sebarang tawaran untuk Hernandez yang lebih dikenali dengan panggilan Chicarito selepas mereka hampir pasti akan memperolehi khidmat Angel di Maria dari Real Madrid.

Van Gaal juga secara terbuka menegaskan yang gandingan pilihannya ialah Wayne Rooney dan Robin van Persie.

Tetapi pada masa yang sama, Van Gaal boleh menggunakan minat Juventus ke atas Hernandez untuk memancing Arturo Vidal sebagai pertukaran.

Podolski pada mulanya kelihatan pasti untuk berpindah ke Turin tetapi dengan berita terbaru yang Olivier Giroud berkemungkinan besar akan direhatkan selama tiga bulan selepas disahkan patah kaki bermakna, Arsene Wenger terpaksa bergantung harap kepada penyerang simpanan Jerman itu.

Theo Walcott dan Yaya Sanogo juga masih dibelenggu kecederaan sekaligus meletakkan penyerang Chile, Alexis Sanchez sebagai satu-satunya pemain hadapan berkaliber yang boleh diharapkan untuk mengetuai barisan serangan Arsenal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain