suria

Salom Raih Petak Utama Moto3

SEPANG: Pendahulu kelas Moto3, Luis Salom daripada pasukan Red Bull KTM Ajo akan memulakan perlumbaannya esok di petak utama selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan di Grand Prix Motosikal Malaysia 2013, di Litar Sepang pada Sabtu.

Pelumba Sepanyol itu mencatat masa dua minit 13.867 saat.

Penunggang pasukan Ongetta-Rivacold, Alexis Masbou dan Niccolo Antonelli daripada pasukan GO&FUN Gresini Moto3 pula menguasai petak kedua dan ketiga selepas masing-masing mencatat 2:13.985s dan 2:14.006s. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain