suria

Pemain Perlu Bertanggungjawab, Bukan Pengurus - Giggs

Giggs menjaringkan gol tunggal United pada aksi bertemu Shakhtar Donetsk Rabu lalu.
Giggs menjaringkan gol tunggal United pada aksi bertemu Shakhtar Donetsk Rabu lalu.
Giggs menjaringkan gol tunggal United pada aksi bertemu Shakhtar Donetsk Rabu lalu.

PEMAIN veteren Manchester United, Ryan Giggs percaya pemain-pemain perlu bertanggungjawab ke atas kemerosotan prestasi pasukan itu, dan bukannya pengurus David Moyes.

Red Devils hanya mencatat tujuh mata daripada enam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan mencatat seri 1-1 ketika aksi Liga Juara-Juara (CL) ketika bertemu Shakhtar Donetsk Rabu lalu.

Pada aksi tersebut, Giggs merekodkan aksi ke-145 penampilannya.

Secara langsungnya, prestasi yang tidak memberangsangkan ini memberi tekanan kepada Moyes, yang mengambil alih tersebut daripada Sir Alex Ferguson yang mengambil keputusan untuk bersara.

Giggs mengakui ia bukanlah tugas mudah menggantikan posisi Fergie itu yang telah memberi dua gelaran Piala Europa kepada United, namun menyeru pasukannya bangkit dan bekerjasama.

"Sir Alex adalah pengurus yang hebat dan kesannya sangat besar kepada pasukan dan kelab. Kamu akan merindui orang seperti itu.

"Tetapi saya tidak rasa situasi itu perlu dijadikan alasan untuk tidak bermain dengan baik. Kami tidak beraksi sebagai sebuah pasukan.

"Kami tidak menghadapi sebarang kecederaan separti mana musim-musim lalu. Tiada alasan.

"Ia bukan permulaan yang baik buat kelab tetapi apa yang penting, kami masih mempunyai masa untuk perbaikinya.

"Saya tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam keadaan ini. Kami tidak bermain dengan baik, sama ada sebagai individu mahupun sebuah pasukan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Badminton:BAM-BKA Jalin Kerjasama

Artikel Lain