suria

Liverpool Buka Tirai Aksi EPL Dengan Kemenangan

Mignolet (tengah) berjaya menyelamatkan sepakan penalti pemain Stoke.
Mignolet (tengah) berjaya menyelamatkan sepakan penalti pemain Stoke.
Mignolet (tengah) berjaya menyelamatkan sepakan penalti pemain Stoke.

LIVERPOOL, England: Simon Mignolet berjaya menyelamatkan sepakan penalti Jon Walter dalam penampilannya bersama Liverpool untuk membantu pasukan itu menewaskan Stoke City 1-0 pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris, malam Sabtu.

Gol tunggal Liverpool dijaringkan penyerang Daniel Sturridge seawal minit ke-37.

Stoke dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Daniel Agger pada minit ke-88.

Penyerang sensasinya, Luis Suarez sekadar menyaksikan perlawanan itu dari tempat duduk eksekutif kerana dia masih lagi menjalani hukuman gantung 10 perlawanan selepas menggigit pemain pertahanan Branislav Ivanovic pada aksi musim lalu.

Senarai pemain:

Liverpool: Mignolet, Johnson, Toure, Agger, Jose Enrique, Gerrard, Lucas, Henderson, Aspas, Sturridge, Coutinho; (Pemain gantian: Brad Jones, Alberto, Allen, Borini, Sterling, Wisdom, Ibe)

Stoke: Begovic, Cameron, Shawcross, Huth, Pieters, Whelan, Nzonzi, Palacios, Walters, Crouch, Etherington; (Pemain gantian: Muniesa, Pennant, Jones, Wilson, Adam, Sorensen, Jerome)

Artikel Berikut

Artikel Lain