Rajagobal Selamat Daripada Sebarang Hukuman FAM - Sukan | mStar

Rajagobal Selamat Daripada Sebarang Hukuman FAM

Rajagobal tidak mahu memberi sebarang komen kepada pihak media selepas didapati tidak bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, Rabu: Foto: S.KANESAN/THE STAR
Rajagobal tidak mahu memberi sebarang komen kepada pihak media selepas didapati tidak bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM, Rabu: Foto: S.KANESAN/THE STAR

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abdul Razak berkata, tiada kes terhadap ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

Keputusan tersebut dibuat selepas hampir empat jam Mesyuarat Tatatertib FAM yang berlangsung di Wisma FAM pada Rabu.

Taufik berkata, jawatankuasa memutuskan tiada kes terhadap Rajagobal kerana pihaknya berpuashati dengan hasil siasatan yang dijalankan.

"Tak ada kes sebab beliau (Rajagobal) tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang dilaporkan sebelum ini.

"Kami melihat pita rakaman dan keratan akhbar(mengenai Rajagobal) dan kita perhalusi satu-persatu mengenai kenyataan dibuat," katanya kepada media selepas mesyuarat tersebut.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan laporan akhbar itu salah, Taufik berkata :"Mungkin ada salah tafsir.

"Kita ada nasihat Rajagobal supaya berhati-hati dalam memberi kenyataan.

"Saya selalu mengingatkan bahawa Artikel 88 ataupun di bawah perkara 4.5.8, memang ada pekeliling daripada FIFA yang jurulatih wajib memberi kenyatan selepas perlawanan.

"Itu kita tidak pertikaikan. Apa yang kita tuduh ialah kenyataan yang dibuat. Sama ada kenyataan itu bersifat permusuhan kepada FAM.

"Kalau beliau didapati bersalah, ia di bawah kesalah 18.3 iaitu melanggar dasar atau polisi FAM yang telah diputuskan.

"Tetapi kenyataan yang beliau buat tidak ada langsung menyentuh tentang perkara yang melibatkan polisi dan dasar mengenai pemain import.

"Itu adalah sangat jelas".

Menurut Taufik, Artikel 88 adalah mudah.

"Jangan ada kenyataan bersifat permusuhan atau mengkritik atau menghina FAM, kalau jawatankuasa mempunyai bukti cukup dan lengkap, bahawa ada perlanggaran, kita akan jatuh hukum," katanya.

Bagaimanapun, Rajagobal tidak mahu memberi sebarang komen kepada pihak media mengenai keputusan tersebut.

Sebelum ini Rajagobal dilaporkan mengkritik dengan menyalahkan kehadiran ramai penyerang import sebagai punca ketiadaan penyerang semula jadi negara selepas perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi pada 17 Mac lalu.

Pada perlawanan tersebut, Skuad Harimau Malaya tewas 1-4.

Terlepas hukuman ini, pastinya juga satu keputusan yang baik kepada skuad kebangsaan negara memandangkan selepas ini banyak lagi perlawanan penting yang perlu diharungi mereka.

Ia termasuk perlawanan persahabatan bersama Thailand (7 Jun), Jordan (11 Jun), China (18 Jun), Chelsea (26 Julai), Barcelona (10 Ogos), Taiwan (14 Ogos), Uzbekistan (6 Sept), India (10 Sept) Korea Utara (10 Okt) dan Piala Asia menentang Bahrain (15 Okt).

Dalam pada itu, Rajagobal menjadi orang pertama terlepas hukuman daripada FAM selepas dilaporkan memberi laporan berbaur kritikan.

Sebelum ini beberapa nama besar telah digantung FAM gara-gara membuat kritikan termasuk Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (6 bulan, denda RM18,00), Presiden Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (enam bulan, RM39,000), Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa (dua tahun setengah), dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin RajaOmar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi 'mangsa' hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu.

Pada tahun 2009, jurulatih Felda United, Reduan Abdullah turut digantung setahun dan dikenakan denda RM4,000 kerana didapati bersalah mengkritik FAM.

Manakala pada tahun 2010, jurulatih Kelantan B.Sathianathan digantung enam bulan dan denda RM2,000 kerana membuat kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga musim Liga Super.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain