suria

"Kalau Ada Yang Fikir City Boleh Menang Piala Eropah Selepas 2 Tahun Orang Itu Memang Gila," - Mancini

SETELAH melihat apa yang terjadi kepada rakan senegaranya dari Itali, Roberto Di Matteo yang dipecat tanpa belas kasihan sebagai pengurus Chelsea ekoran kegagalannya dalam siri Liga Juara-Juara Eropah, Pengurus Manchester City, Roberto Mancini (gambar) yakin yang dia tidak akan berakhir dengan nasib yang serupa.

Sepertimana Di Matteo, Mancini juga gagal membawa City ke peringkat seterusnya selepas mereka terikat seri 1-1 dengan bekas juara Real Madrid dalam perlawanan awal pagi Khamis.

Ini adalah penyingkiran City pada musim kedua berturut-turut dari kejuaraan Eropah - juga di peringkat kumpulan.

Tetapi Mancini dilaporkan berkata; “Saya tidak berasa gusar dengan kekalahan ini. Jika ada sesiapa yang berpendapat kami boleh menjuarai Piala Eropah hanya selepas dua tahun, dia memang gila."

Chelsea, kata Mancini hanya berjaya mencapai matlamat tersebut selepas 10 tahun walaupun sebelum itu pada tahap terbaik mereka pun, mereka gagal. Jadi Manchester City harus bersabar dan pada masa yang sama terus memperbaiki mutu pasukan.

Sementara itu pengurus Madrid, Jose Mourinho berkata: “Nasib baik lah dalam perlawanan hari ini, City yang tersingkir dan saya percaya Mancini akan kembali dan dapat meneruskan usahanya mengukuhkan City tanpa sebarang tekanan. Tetapi bayangkan jika yang tersingkr ialah Real, saya percaya pihak media Sepanyol tidak akan membenarkan saya kembali ke Madrid.”

Artikel Lain