suria

Pengurus Baru England Roy Hodgson Sasar Menang Kejuaraan Eropah

ROY HODGSON yang pada Selasa menandatangani kontrak empat tahun bernilai £10 juta untuk melatih skuad kebangsaan England telah meletakkan sasaran memenangi Kejohanan Negara-Negara Eropah Julai nanti sebagai misi utamanya.

Beliau juga mengumumkan akan:

> Menyenaraikan Wayne Rooney sebagai penyerang utama walaupun pemain itu terpaksa melalui proses penggantungan dalam dua perlawanan peringkat kumpulan;

> Menyelesaikan isu perbalahan antara John Terry dan Rio Ferdinand;

> Lebih mesra media;

Dalam pada itu Hodgson, 64, berkata beliau belum memutuskan lagi siapakah yang bakal menyarung jersi kapten dalam kejohanan Eropah nanti.

Hodgson juga perlu menamakan pasukannya ke kejohanan itu dua minggu dari sekarang dan pada masa yang sama dibenarkan membimbing kelabnya WBA mengharungi dua baki perlawanan lagi.

Artikel Lain