suria

Petrov Akan Mulakan Rawatan Leukemia Akut Isnin Ini

Petrov disahkan mengalami penyakit leukemia akut Khamis lalu.
Petrov disahkan mengalami penyakit leukemia akut Khamis lalu.
Petrov disahkan mengalami penyakit leukemia akut Khamis lalu.

KAPTEN Aston Villa, Stiliyan Petrov bakal menjalani rawatan pada Isnin ini selepas disahkan mengidap leukemia akut dua hari lalu.

Pengurus pasukan, Alex McLeish yakin semangat tinggi pemain tengah itu boleh membantua mengurangkan penyakit yang dialaminya itu.

Pemain antarabangsa Bulgaria itu menerima berita tersebut selepas mengalami demam Sabtu lalu. Sejak itu dia menerima pelbagai ucapan tanda sokongan kepada pemain yang lebih dikenali sebagai ‘Stan’ itu.

“Saya telah bercakap dengan dia dan seorang yang tipikal, degil tetapi saya rasa dia turut mengambil berat mengenai penyakit dan tidak menjejaskan orang yang tersayang.

"Dia adalah kapten pasukan, dia juga ketua. Dia juga telah banyak berdepan saingan sengit di padang dan sudah tentu dia mampu mengatasinya situasi ini.

“Kami berharap ia masih lagi peringkat awal dan Stan akan dapat rawatan sebaik mungkin,” katanya.

Wakil Petrov mengesahkan pemain itu telah menempah tempat di Hospital London dan akan memulakan program rawatan selepas minggu ini.

Sementara itu Pengerusi Villa, Randy Lerner berkata: “Kami memberi perhatian sepenuhnya kepada Stiliyan dan keluarganya. Dia adalah seorang yang mampu memberi kebahagian kepada semua melalui bola sepak.

“Kami akan cuba memberi kasih sayang dan sokongan, dia akan mendapat semua itu daripada kelab ini sekali gus dapat membantu situasi yang lebih positif,” katanya.

Artikel Lain