suria

Sukan Sea: Farkhan Mara Ke Peringkat Akhir

PALEMBANG: Petinju negara Muhamad Farkhan Haron berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kategori middle weight 75kg pada Sukan SEA ke-26 selepas mengalahkan perserta Thailand, Manus Boonjummon 10-9 pada perlawanan separuh akhir di Dewan Lumban Tirta, di sini, Khamis.

Beliau akan bertemu petinju tuan rumah, Alex Tatontos, yang mengatasi Chhuon Sok Leng dari Kemboja, pada Isnin ini.

Muhamad Farkhan, yang meraih pingat emas kategori yang sama pada temasya Sukan SEA Laos dua tahun lepas, muncul sebagai wakili tunggal negara yang berjaya melangkah ke peringkat akhir.

"Saya akui laluan saya bukan mudah kali ini kerana hampir dinafikan oleh pengadil perlawanan yang tidak mahu memberi mata kepada saya pada pusingan kedua biarpun ketika itu dia sudah melakukan banyak kali tumbukan.

"Saya tidak faham mengapa pengadil tidak mahu memberi mata sedangkan saya sudah banyak kali melakukan tumbukan tetapi ketika memasuki pusingan ketiga peninju itu sering memeluk saya dan pengadil memotong matanya," katanya.

Sementara itu dua wakil negara yang lain Khir Akyazlan Azmi kalah kepada petinju Filipina, Dennis Galvan dalam kategori light welterweight 64kg manakala Mohd Fairuz Azman kalah kepada Aung Ko Ko dari Myanmar dalam saingan separuh akhir acara light heavyweight 81kg.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Wushu Lelaki Hadiah Emas Pertama

Artikel Berikut

Acara Sukan Sea Ke-26, Khamis

Artikel Lain