suria

Spurs Sahkan Pengurus Mereka Jalani Pembedahan Jantung

LONDON: Tottenham Hotspurs pada Rabu mengesahkan bahawa pengurus mereka, Harry Redknapp akan menjalani pembedahan jantung -sekaligus menjawab segala teka-teki mengapa beliau tidak akan menyertai pasukannya ke Rusia untuk perlawanan menentang Rubin Kazan dalam perlawanan Liga Europa.

Pengurus berusia 64 tahun itu telah dimasukkan ke hospital pada Selasa malam untuk menjalani beberapa ujian yang dirahsiakan.

Berita mengenai keputusan Redknapp untuk tidak menyertai pasukannya ke Rusia telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai tahap kesihatannya.

Spurs kini mendahului Kumpulan A, iaitu dua mata lebih dari kelab PAOK, Greek.

Penolong Pengurus, Kevin Bond jurulatih pasukan Joe Jordan akan mengambil alih tanggungjawab membimbing Spurs sepanjang ketiadaan Redknapp.

Buat masa ini, tidak diketahui berapa lama Redknapp akan mengambil cuti rehat selepas selesainya pembedahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain