suria

Terbuka Amerika Syarikat: Djokovic Tewaskan Nadal

Djokovic mencium trofi yang dimenanginya selepas menewaskan Nadal pada aksi akhir Terbuka Amerika Syarikat awal pagi, Selasa.

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic menewaskan pemain ranking kedua Rafael Nadal pada final Terbuka Amerika Syarikat yang berlangsung awal pagi, Selasa.

Djokovic dari Serbia menewaskan Nadal dari Sepanyol 6-2, 6-4, 6-7 (3/7), 6-1 sekali gus mencatat rekod pertama menjulang trofi juara Terbuka Amerika Syarikat selepas dua kali dikalahkan pada saingan akhir termasuk tahun lalu menentang Nadal.

Kemenangan ini juga merupakan kemenangan Gram Slam ketiga tahun ini selepas turut merangkul juara pada Terbuka Australia dan Wimbledon.

“Seperti tidak percaya dan sukar meluahkan perasaan ini. Saya mengharungi laluan yang indah musim ini akan meneruskannya.

"Setiap kali saya bertemu Rafa, ia adalah satu cabaran sengit. Saya ingin mengucapkan tahniah kepadanya di atas aksi terbaiknya dan saya harap kami akan bertemu lagi selepas ini,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain