suria

Nadal Pengsan Pada Sidang Media Terbuka Amerika Syarikat

Nadal mengalami kekejangan di bahagian kakinya pada sidang media, awal pagi Isnin.
Nadal mengalami kekejangan di bahagian kakinya pada sidang media, awal pagi Isnin.
Nadal mengalami kekejangan di bahagian kakinya pada sidang media, awal pagi Isnin.

RAFAEL Nadal mengejutkan pemberita pada sidang akbar Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat selepas jatuh pengsan kerana mengalami kekejangan di bahagian kakinya, awal pagi Isnin.

Juara bertahan itu sedang bercakap kepada pemberita mengenai perlawanan ketiganya dengan menewaskan David Nalbandian dan secara tiba-tiba dia menutup mukanya dengan tangan sebelum jatuh dari kerusinya.

Semua pemberita diarahkan keluar bilik itu sebelum pasukan perubatan datang memberi bantuan kepada pemain dari Sepanyol itu.

Hampir sepuluh minit selepas itu Nadal kembali pulih meneruskan sidang media dan menjelaskan apa yang berlaku.

“Saya hanya mengalami kekejangan di bahagian kaki, bahagian belakang serta depan dan ia amat menyakitkan,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain