suria

Bolt Tebus Kehampaan 100m, Juarai 200m

DAEGU: Usain Bolt memenangi pingat emas 200 meter di Kejohanan Olahraga Dunia 2011 di sini, Sabtu dengan catatan masa 19.4 saat.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan pelumba dari Jamaica itu dalam acara 100 meter sebelum ini yang menyaksikan penyertaannya dibatalkan kerana melakukan false start.

Catatan masa tersebut adalah keempat terbaik dalam sejarah acara 200m tersebut setakat ini.

Dalam acara itu, Bolt mengenepikan atlet Amerika Syarikat, Walter Dix 19.7s di tempat kedua sementara Christophe Lemaitre dari Perancis menduduki tempat ketiga.

"Saya berasa gembira. Saya tidak berlari kerana marah (atas kesilapan false start saya tempoh hari). Saya hanya berlari bersungguh-sungguh untuk melahirkan rasa maaf saya kepada para penyokong," katanya.

Artikel Sebelum

Wilshere Terpaksa Berehat Panjang

Artikel Berikut

Artikel Lain