PEMAIN tengah Arsenal, Wilshere terpaksa direhatkan sekurang-kurangnnya dua bulan selepas kecederaan yang dialaminya sejak Jun lalu kembali menghantuinya ketika beraksi menentang pasukan New York Red Bulls pada perlawanan Piala Emirates Arsenal, Ahad.
Pemain berusia 19 tahun itu dilihat sembuh penghujung Julai lalu, tetapi malangnya kecederaan buku lalinya itu masih berterusan.
Jurucakap pasukan berkata, Wilshere terpaksa berehat dalam tempoh yang agak panjang dan akan melihat keadaannya selepas itu.
Dengan itu juga Wilshere bakal terlepas perlawanan penting antarabangsa bersama pasukan England di Montenegaro pada Kelayakan Akhir Euro 2012 peringkat kumpulan bulan depan, selain perlawanan bersama kelab dalam Liga Juara-Juara (CL) serta Liga Perdana Inggeris (EPL).


