suria

Atlet negara teruja sambut Aildilfitri

Atlet-atlet elit negara bersama Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (tengah) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG
Atlet-atlet elit negara bersama Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (tengah) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG
Atlet-atlet elit negara bersama Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong (tengah) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka. - Foto THE STAR Oleh CHAN TAK KONG

TAMAT sebulan berpuasa, kini tiba sudah hari yang dinanti-nantikan. Hari lebaran disambut penuh meriah oleh atlet-atlet negara biarpun cabaran lebih besar sedang menunggu selepas Aidilfitri ini.

Pun begitu, dalam kemeriahan menyambut 1 Syawal ini, dua pemain boling kebangsaan, Zandra Aziela Ibrahim Hakim dan Zatil Iman Abdul Ghani terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana menyertai Kejohanan Wanita Dunia di Hong Kong.

Menurut Zandra, ini kali kedua dia tidak beraya bersama keluarga kerana menjalankan tanggungjawab kepada negara.

“Sudah biasa bagi saya berjauhan dengan keluarga. Pada kali pertama dulu, perasaan sedih tu memang jelas sekali, tetapi sekarang saya sudah boleh terima keadaan ini. Lagipun ramai rakan sepasukan turut beraya bersama.

“Dengan pengorbanan ini, saya harap pasukan negara mampu meraih sebarang pingat pada kejohanan ini.

“Untuk persediaan ini, pasukan telah menjalani latihan gigih walaupun pada bulan puasa dan kami bersedia menyahut cabaran,” katanya kepada Mingguan mStar pada sesi fotografi Aidilfitri bersama-sama atlet elit negara baru-baru ini.

Turut beraksi bersama Zandra dan Zatil ialah Esther Cheah, Sharon Koh, Sin Li Jane serta Jacqueline Jenelee Sijore.

Sementara itu, jaguh menembak negara Hasli Izwan Amir Hasan berkata, sambutan Aidilfitri tahun agak dalam suasana meriah dan sederhana.

“Saya telah menyediakan semua persiapan raya lebih awal. Walaupun gembira dapat beraya bersama dengan keluarga, saya lebih teruja kerana bakal menyambut kelahiran anak ketiga dalam masa terdekat ini.

“Isteri saya, Hayati Shamsuri hanya menunggu hari untuk bersalin. Dan saya harap pada bulan yang baik ini, semuanya akan berjalan lancar,” jelasnya.

Hazli yang menyambut lebaran di Ipoh ini akan menghadapi beberapa kejohanan penting termasuk Sukan Sea November ini dan juga kelayakan Sukan Olimpik selepas itu.

“Selepas raya jadual harian saya agak padat sedikit dan dalam masa yang sama saya akan Loas bagi menyertai Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) ke-35, diikuti kejohanan kebangsaan di Melaka.

“Dua kejohanan ini juga dianggap sebagai persediaan sebelum ke Sukan Sea November ini serta aksi kelayakan Olimpik 2012,” katanya.

Selain itu, seorang lagi atlet elit memanah paralimpik wanita negara, Nor Saadah Abdul Wahab berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini juga sederhana.

“Gembira kerana dapat bercuti dan menyambut hari lebaran bersama keluarga. Walaupun hanya bercuti sekejap, saya tetap gembira kerana selepas ini saya akan berangkat ke London untuk menyertai Kelayakan Sukan Paralimpik London.

“Saya berharap akan mencari kedudukan terbaik agar layak beraksi di London tahun depan. Pada Kejohanan Memanah Dunia di Stupinigi Hunting Palace, Torino, Itali baru-baru ini saya gagal meraih mata terbaik,” katanya.

Artikel Sebelum

Wilshere Terpaksa Berehat Panjang

Artikel Berikut

Artikel Lain